Skip to main content

Posts

Azam Tahun 2023

Tahun baru telah menjelang, lega azam lama banyak yang dah tercapai. Mana azam lama yang lain yang tak tercapai bolehlah di-" renew "-kan semula. Buka sosial media, banyak juga sahabat-sahabat berkongsi masa bahagia mereka bersama orang tersayang. Aku pun terfikir, sempat juga mereka merakam detik hari gembira mereka dan post di sosial media. bagi aku, ia bukanlah salah, malahan aku kagum sebab banyak yang sebaya aku tapi masih aktif. Aku pun dah macam nak on the way carta menurun setiap kali badan ni dimamah usia. Sosial media boleh kata jarang sangat nak update apa-apa sebab tangan ni macam dah tak larat nak angkat phone dan ambil gambar, paling rajin pun ambil video jer. Aku rindu nak jadi macam dulu, aktif di sosial media, post selfie setiap hari walaupun muka banyak pakai filter . Nak buat video, macam tak ada benda yang boleh buat aku terinspirasi, nak melukis pun jarang, sekarang ni pun aku cuma fokus nak belajar tulisan dan bahasa Jepun sebab minat sangat de...

Penutup Cerita Akhir Tahun

Tak sedar dah masuk bulan terakhir dalam tahun ni. Nasib baik tahun ni adalah juga pencapaian aku walaupun tak lah sebesar mana yang diharapkan, at least mampu beli sedikit-sedikit barang, upgrade PC ke high end , dapat hadiah iPhone dari partner , beli sikit-sikit perabot, melancong ke Kuala Lumpur selama 9 hari, berbaik dengan keluarga mertua setelah sekian lama aku mengelak dari mereka (atas sebab tertentu), adik pula dapat kerja bagus, dan banyak lagilah. Walaupun nampak kecil di mata orang lain, aku gembira sangat-sangat dengan pencapaian aku setakat ni. Cuma target nak kurus tu agak mustahil bagi aku dah sekarang. Tapi lepak dengan kawan dah jarang dah, rindu pula dengan mereka Cas, Jijin dan Lelen. Aku harap mereka sihat dan gembira sentiasa serta kawan-kawan lain tak kira yang tinggal dekat atau jauh dari Kuching yang masih ingat aku sebagai kawan. I miss you guys so much ! Rindu nak keluar lepak ramai-ramai, duduk penuh satu meja besar dan gelak sakan sama-sama tak ki...

Extrovert yang Gagal

Hari tu aku ada keluar makan dengan salah seorang rakan sekerja aku. Kami merupakan salah satu group dan agak dikatakan berkawan baik sebagai rakan sepejawat. Aku rasalah aku ni jenis yang extrovert tapi aku juga jenis yang tak banyak kawan. Kalau berbual dengan kawan-kawan tu, aku kalau boleh tak nak tengok mata mereka lama-lama sebab aku rasa kekok dan pemalu. Begitu juga kejadian masa aku keluar makan dengan rakan sekerja aku hari tu, nak tengok mata dia tapi aku malu dan kekok. orang cakap komunikasi akan jadi lebih baik kalau mata bertentang mata tapi aku tetap tak boleh tentang mata dia lama-lama. Kenapa aku katakan aku ni jenis yang extrovert adalah sebab aku jenis yang suka keluar lepak dengan kawan-kawan, jenis yang suka dikelilingi oleh manusia yang aku suka, jenis yang happening , jenis yang selalu nak jumpa kawan sampai kadang-kadang rasa takut kawan menyampah dengan aku. Incase kalau suatu hari nanti aku diberi peluang untuk jadi macam ni balik, aku terima dengan ...

Jangan Menyusahkan Hidup Orang Lain

Sedar tak sedar, sudah hampir setengah tahun berlalu. Sungguhpun tak banyak percapaian lagi, tapi aku tetap gembira dengan kehidupan sekarang. Kalau dulu blogging pun tak teratur, tahun ni aku cuba buat entri sebulan sekali walaupun blogging ni dah out-of-trend , sebab aku buat ni untuk tatapan diri sendiri juga di masa akan datang. Bulan lepas banyak peristiwa yang berlaku disekeliling aku, contohnya kerajaan dah umumkan kenaikkan gaji minimum dan harga barang naik sangat mendadak. Tak tahulah kalau kerajaan ada aware dalam hal ni kah tidak sebab masih banyak lagi pekerjaan yang rate gaji bawah RM1,500.00 dan harga barang naik langsung tak setimpal dengan kenaikan gaji sekarang. Aku syak mesti ada pihak yang untung dalam krisis yang sebegini. Macam aku ni baru nak cari kerja lain yang lebih dekat dengan rumah dan fleksibel kerja dari Isnin sampai Jumaat terus kena tukar gaji rate demand hanya disebabkan situasi macam ni. Aku bukan bermaksud tak suka kerja sekarang tapi sebab...

Penat Lelah Bekerja

Pejam celik dah lebih lapan tahun aku bekerja sekarang selepas menamatkan pengajian di peringkat tinggi. Aku dulu mengambil masa yang lama untuk habis belajar sebab terpaksa melalui diploma 3 tahun lebih dan tunggu untuk kemasukkan intake ijazah, lepas tu rehat sekejap dalam masa beberapa bulan dan kemudian barulah aku bekerja. Kalau nak tahu, tempat aku kerja ni lah tempat kerja pertama aku sampailah sekarang dengan pelbagai jawatan yang pernah aku pegang sepanjang masa di sini sebab belum ada rezeki nak dapat kerja baru. Aku juga tak minat kerja kerajaan atas sebab tertentu, juga pernah apply suatu ketika dahulu berkurun lamanya atas desakan orang dan keluarga yang masih berada di takuk pemikiran lama mereka, sampai sekarang tak ada hati nak update baru portal entah apa-apa. Cita-cita aku nak jadi freelancer dalam bidang videographer , digital painting dan non-digital art. So far , kerja swasta masih relevan untuk aku walaupun agak memenatkan dan agak stress. Aku sebena...