Skip to main content

Posts

Skill Komunikasi yang Teruk

Di zaman yang kian ke depan, aku teringin sangat nak ikut trending macam buat diary menggunakan vlog di Youtube atau rajin update video dekat Tiktok . Tapi disebabkan diri aku yang tersangatlah low self esteem serta tidak pandai berkomunikasi secara spontan, aku membatalkan niat aku yang berkobar-kobar ni, walaupun aku dah beli app yang boleh edit video secara professional. At the end , aku hanya mampu update blog ni jer, sebab aku lebih selesa nak luahkan apa saja tanpa perlu peduli pun keadaan fizikal aku macamana, serta tak perlu risau kalau aku tergagap-gagap bercakap atau merasa kekok di hadapan kamera. Walaupun keyakinan diri dan skill komunikasi ini boleh dilatih, pasti akan mengambil masa yang lama untuk asah dua benda asas tu. Buat masa ni, aku cuma fokus dengan penulisan sahaja walaupun cara ini sudah berada di takuk lama. Kadang-kadang aku menulis ni pun bukan sebab nak view tinggi ker apa.. Aku cuma nak jadikan rujukan untuk aku di masa hadapan atau suatu hari n...

Perasaan Tertekan Tanpa Sebab

Hidup aku ni, dalam setahun memang kena hadap satu tahap di mana fikiran negative akan cuba menguasai minda aku. Masa tu bila tahap tu berlaku aku akan stress sangat, nak kata murung tak lah sangat sebab aku jenis yang tak tunjuk masalah aku depan orang lain. Tapi dalam otak ni, memang seksa sangat. Aku tak pergi jumpa pakar atau doktor sebab fikiran aku sentiasa bagitahu masalah aku ni kecil sampai buat orang lain menyampah jer, which mean kalau aku seek for help , aku akan imagine doktor atau nurse atau orang lain akan perlekehkan aku seolah-olah masalah yang aku hadapi ni remeh sahaja. Macam dulu, aku selalu pening kepala, aku buat checkup , jumpa doktor tapi macam reaksi doktor tu seolah-olah penyakit aku ni menyusahkan mereka saja. Bukan sekali dua berlaku sebelum ni, banyak doktor yang aku jumpa dan mostly mereka memberi reaksi yang aku rasa aku tak patut jumpa mereka. Beberapa minggu yang lalu diwaktu aku dalam keadaan stress tanpa sebab yang kukuh, aku terlanggar bu...

Azam Tahun 2023

Tahun baru telah menjelang, lega azam lama banyak yang dah tercapai. Mana azam lama yang lain yang tak tercapai bolehlah di-" renew "-kan semula. Buka sosial media, banyak juga sahabat-sahabat berkongsi masa bahagia mereka bersama orang tersayang. Aku pun terfikir, sempat juga mereka merakam detik hari gembira mereka dan post di sosial media. bagi aku, ia bukanlah salah, malahan aku kagum sebab banyak yang sebaya aku tapi masih aktif. Aku pun dah macam nak on the way carta menurun setiap kali badan ni dimamah usia. Sosial media boleh kata jarang sangat nak update apa-apa sebab tangan ni macam dah tak larat nak angkat phone dan ambil gambar, paling rajin pun ambil video jer. Aku rindu nak jadi macam dulu, aktif di sosial media, post selfie setiap hari walaupun muka banyak pakai filter . Nak buat video, macam tak ada benda yang boleh buat aku terinspirasi, nak melukis pun jarang, sekarang ni pun aku cuma fokus nak belajar tulisan dan bahasa Jepun sebab minat sangat de...

Penutup Cerita Akhir Tahun

Tak sedar dah masuk bulan terakhir dalam tahun ni. Nasib baik tahun ni adalah juga pencapaian aku walaupun tak lah sebesar mana yang diharapkan, at least mampu beli sedikit-sedikit barang, upgrade PC ke high end , dapat hadiah iPhone dari partner , beli sikit-sikit perabot, melancong ke Kuala Lumpur selama 9 hari, berbaik dengan keluarga mertua setelah sekian lama aku mengelak dari mereka (atas sebab tertentu), adik pula dapat kerja bagus, dan banyak lagilah. Walaupun nampak kecil di mata orang lain, aku gembira sangat-sangat dengan pencapaian aku setakat ni. Cuma target nak kurus tu agak mustahil bagi aku dah sekarang. Tapi lepak dengan kawan dah jarang dah, rindu pula dengan mereka Cas, Jijin dan Lelen. Aku harap mereka sihat dan gembira sentiasa serta kawan-kawan lain tak kira yang tinggal dekat atau jauh dari Kuching yang masih ingat aku sebagai kawan. I miss you guys so much ! Rindu nak keluar lepak ramai-ramai, duduk penuh satu meja besar dan gelak sakan sama-sama tak ki...

Extrovert yang Gagal

Hari tu aku ada keluar makan dengan salah seorang rakan sekerja aku. Kami merupakan salah satu group dan agak dikatakan berkawan baik sebagai rakan sepejawat. Aku rasalah aku ni jenis yang extrovert tapi aku juga jenis yang tak banyak kawan. Kalau berbual dengan kawan-kawan tu, aku kalau boleh tak nak tengok mata mereka lama-lama sebab aku rasa kekok dan pemalu. Begitu juga kejadian masa aku keluar makan dengan rakan sekerja aku hari tu, nak tengok mata dia tapi aku malu dan kekok. orang cakap komunikasi akan jadi lebih baik kalau mata bertentang mata tapi aku tetap tak boleh tentang mata dia lama-lama. Kenapa aku katakan aku ni jenis yang extrovert adalah sebab aku jenis yang suka keluar lepak dengan kawan-kawan, jenis yang suka dikelilingi oleh manusia yang aku suka, jenis yang happening , jenis yang selalu nak jumpa kawan sampai kadang-kadang rasa takut kawan menyampah dengan aku. Incase kalau suatu hari nanti aku diberi peluang untuk jadi macam ni balik, aku terima dengan ...