Skip to main content

Posts

Kekal Hanya Sebagai Blogger

Dah beberapa kali aku cuba, aku masih tak pandai nak buat vlog. Dengan kekurangan bahan teknologi seperti kamera berkualiti tinggi, drone atau microphone dan juga low self esteem aku yang terlampau teruk membuatkan aku susah nak buat vlog. Kadang-kadang cemburu dengan Youtubers dan Tiktokers lain mereka mempunyai banyak idea untuk dijadikan content mereka serta memiliki rupa dan badan yang menarik, malahan ada juga mempunyai suara seperti angel yang boleh buat orang tertarik dengar apa yang mereka ceritakan dalam vlog mereka macam JJ . Aku ni dah lah muka dan badan tak menarik, which is jangan mudah tertipu kalau aku nampak cantik dalam gambar sebab semua tu trick camera dan filter sahaja. Aku siap cakap awal ni jangan nanti jumpa yang face to face tiba-tiba sindir real life nampak buruk dari sosial media. Tak ada orang nak nampak buruk dalam sosmed tau, melainkan kalau dia ada sebab tersendiri yang kita tak tahu. Suara aku lagilah tak menarik, macam suara anime henta...

Kehidupan Sepanjang Bulan Mac

Sepanjang bulan Mac yang lepas, aku busy sangat dengan kerja aku sampai balik rumah penat dan susah nak fokus dengan kerja personal di rumah. Jadi HR untuk uruskan 3 buah cawangan adalah sesuatu yang mencabar buat aku, juga kena lagi kerja yang cum dengan kerja berkaitan finance atau akaun. Betullah apa orang cakap kalau kerja swasta ni mostly kena perah habis-habisan walaupun cuma duduk dalam pejabat bawah aircond . Balik-balik tak sedar muka dah jadi hantu Kak Limah. Bulan tu juga aku selalu ada kerja dekat luar, kena pergi Kuching Labour Department dan uruskan apa yang patut yang berkaitan dengan kerja. Kadang-kadang cemburu dengan yang lain sebab siap boleh layan drama dan main game padahal aku bertungkus lumus nak siapkan kerja dan kerja pun tak boleh sebarangan dan salah. Even salah sikit pun dah gugur jantung ni. Tapi kalau asyik duduk tak ada kerja susah pula, aku akan cepat mengantuk dan bosan. Lagipun aku sendiri yang terima tawaran posisi baru dan bersungguh ...

Update March 2023

Bulan lepas terasa banyak kelahiran manusia baru, dekat tempat aku kerja ni saja sudah beberapa orang yang mengambil cuti maternity. Tapi disebalik kegembiraan menyambut tetamu baru di dunia ini, terdapat juga beberapa kesedihan turut terpalit bersama sekali. Salah satunya perkara sedih terjadi yang menimpa Kak Mal, kawan aku sejak di bangku diploma lagi. Ayah Kak Mal meninggal dunia disebabkan stroke yang teruk. Aku rasa sedih sangat tengok Kak Mal sedih dengan air mata yang sudah kering. Sesekali Kak Mal dengan adik-beradik yang lain cuba sembunyi rasa sedih dengan bercerita hal-hal lucu, aku tak sampai hati nak ketawa apatah lagi senyum. Tambahan pula, dengan jawatan baru yang aku pegang sekarang merumitkan aku untuk minta cuti temankan Kak Mal sepanjang masa proses menguruskan hal-hal berkaitan kematian mendiang ayah Kak Mal. Musim hujan di Kuching Beberapa minggu ni, aku rasa macam sedih dan banyak fikir. Pernah juga rasa nak ceritakan pada orang yang rapat dengan aku tapi mereka ...

Skill Komunikasi yang Teruk

Di zaman yang kian ke depan, aku teringin sangat nak ikut trending macam buat diary menggunakan vlog di Youtube atau rajin update video dekat Tiktok . Tapi disebabkan diri aku yang tersangatlah low self esteem serta tidak pandai berkomunikasi secara spontan, aku membatalkan niat aku yang berkobar-kobar ni, walaupun aku dah beli app yang boleh edit video secara professional. At the end , aku hanya mampu update blog ni jer, sebab aku lebih selesa nak luahkan apa saja tanpa perlu peduli pun keadaan fizikal aku macamana, serta tak perlu risau kalau aku tergagap-gagap bercakap atau merasa kekok di hadapan kamera. Walaupun keyakinan diri dan skill komunikasi ini boleh dilatih, pasti akan mengambil masa yang lama untuk asah dua benda asas tu. Buat masa ni, aku cuma fokus dengan penulisan sahaja walaupun cara ini sudah berada di takuk lama. Kadang-kadang aku menulis ni pun bukan sebab nak view tinggi ker apa.. Aku cuma nak jadikan rujukan untuk aku di masa hadapan atau suatu hari n...

Perasaan Tertekan Tanpa Sebab

Hidup aku ni, dalam setahun memang kena hadap satu tahap di mana fikiran negative akan cuba menguasai minda aku. Masa tu bila tahap tu berlaku aku akan stress sangat, nak kata murung tak lah sangat sebab aku jenis yang tak tunjuk masalah aku depan orang lain. Tapi dalam otak ni, memang seksa sangat. Aku tak pergi jumpa pakar atau doktor sebab fikiran aku sentiasa bagitahu masalah aku ni kecil sampai buat orang lain menyampah jer, which mean kalau aku seek for help , aku akan imagine doktor atau nurse atau orang lain akan perlekehkan aku seolah-olah masalah yang aku hadapi ni remeh sahaja. Macam dulu, aku selalu pening kepala, aku buat checkup , jumpa doktor tapi macam reaksi doktor tu seolah-olah penyakit aku ni menyusahkan mereka saja. Bukan sekali dua berlaku sebelum ni, banyak doktor yang aku jumpa dan mostly mereka memberi reaksi yang aku rasa aku tak patut jumpa mereka. Beberapa minggu yang lalu diwaktu aku dalam keadaan stress tanpa sebab yang kukuh, aku terlanggar bu...