Skip to main content

Posts

Bertukar Selera Lagi?

Setelah beberapa tahun aku pakai Wordpress. ni sebagai blog personal aku, aku tiba-tiba rindu nak pakai balik Blogspot. sebab paling utamanya lebih senang nak atur atau customize muka depan blog . Sebab lain juga Blogspot. ni free untuk semua manakala Wordpress. ni satu laman yang berbayar. Bukanlah bermaksud kedekut duit bahkan aku tak pernah ambil pakej berbayar pun untuk Wordpress. ni sebab aku buat blog pun bukan untuk jana duit, tapi lebih kepada luahan hal-hal personal . Jadi aku rasa macam tak berbaloi kalau ambil pakej berbayar untuk Wordpress. Nasib baik juga ada function boleh import dan export entri-entri lama macam aku buat dekat Blogspot. dulu. Sorrylah aku punya selera ni sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa tapi aku perlu tengok dulu kesesuaian muka depan blog baru nanti. Aku ni dah la jatuh cinta teruk dengan header photo Wordpress. sekarang. Duduk lama-lama dekat office ni bagus juga buat benda yang berfaedah sikit dari termenung tak ...

Tragedi di Hari Raya Haji

Hari tu aku terpaksa masuk KPJ emergency sebab sakit perut sangat. Ingatkan masa tu nak pergi klinik biasa jer, minta ubat dan sebagainya tapi tak tahu pula boleh jadi serius sampai kena buat CT Scan , ambil darah dan sebagainya sebab result tak cantik. Masa tu hampir-hampir kena tahan dekat ward tapi sebab doktor tengok keadaan aku dah stabil, aku pun dengan takut nak tinggal dekat ward pun gagahkan diri untuk sihat. Masa tu juga adalah pengalaman pertama kali kena masuk air, kena itu dan ini macam orang yang betul-betul sakit kronik. Pada masa yang sama rasa takut pun ada juga. Semenjak peristiwa tu jugalah kena ada follow up dengan doktor untuk cek darah. Perasaan takut tu memang susah nak cakap Personally , aku bukan takut mati. Aku takut rasa sakit, secara fizikal dan mental. Aku takut aku susahkan orang disekeliling aku. Aku takut sakit kena ambil darah berkali-kali, atau tiba-tiba kena buat pembedahan dan sebagainya. Buat masa ni, orang di sekeliling aku cuma tahu sikit-si...

Kisah Jahat Aku Dari Mulut Orang Lain

Sumber dari Facebook Hari tu terjumpa gambar di sebelah ni masa scroll Facebook . Mostly banyak yang tidak setuju atas alasan mereka bagitahu orang yang suka cakap manis dan lembut pun banyak yang berhati busuk. Bagi aku, situasi macam ni bergantung dengan individu juga. Kita sendiri pun sudah sedia maklum yang tak semua manusia ni sama. Ada yang mulut jahat tapi hati dan niat yang baik, ada yang mulut dan hati yang jahat, ada juga mulut baik tapi hati dan niat yang jahat dan ada yang mulut dan hati yang baik. Cuma itulah, kita tak dapat kenal hati budi seseorang yang sebenar sebab tu kita rasa insecure kadang-kadang. Dulu, rasanya aku pernah cerita kisah macamana aku dilayan oleh pihak yang aku tidak rapat tapi terpaksa demi menjaga hubungan semua orang disekeliling aku sampai aku rasa trauma dan tertekan sangat-sangat. By the way , aku tak dapat ceritakan detail siapa pihak tu sebenarnya, cuma aku boleh bagitahu mereka adalah satu family yang besar. Bukanlah hendak mengataka...

Mangsa Kena Pinjam

Aku paling tak suka meminjam dan bagi pinjam dengan orang. Disebabkan benda macam ni lah banyak terjadinya situasi orang cuba mengambil kesempatan lalu putus hubungan sosial sesama mereka. Dengan aku ni pun dah agak banyak yang meminjam tapi susah nak pulangkan balik tak kiralah duit atau barang-barangan. Bila nak minta balik, mulalah tunjuk muka tak puas hati dan marah seolah-olah macam kita ni yang buat salah. Sebab tu aku tak ada hati dah nak pinjamkan apa-apa dengan orang lain, aku tak suka segelintir dari mereka yang gemar buat aku rasa bersalah untuk tuntut balik hak aku. Paling tak seronok juga bila ada yang tanya apa dan berapa yang mereka hutang dengan aku. Come on , tolonglah catat atau ingat sebab kalau kena dengan aku yang tak sampai hati nak bagitahu the exact amount hutang tu, memang aku cuba discount -kan sebanyak yang boleh sebab nak jaga hati dan tak nak buat kelihatan hutang tu terlampau mahal, at the end sendiri pula yang rugi. That's why aku cakap jadi m...

Tidak Semua Orang Suka Pada Kita

Aku sangat suka dikelilingi oleh orang ramai, sangat gemar disayangi oleh mereka tanpa perlu risau dikhianati. Namun untuk orang seperti aku, rasanya jauh panggang dari api. Tapi tidak mustahil untuk orang lain. Aku pernah menjadi saksi kepada situasi yang sangat aku cemburui, alangkah indahnya dilayan seperti watak utama dalam sesebuah cerita. Kadang-kadang aku malu bila memikirkan balik dulu masa zaman kecil sehingga remaja ada beberapa peristiwa yang buat aku salah faham dan perasan diri ni ada orang suka, sebagai contoh; aku pernah terambil hadiah dari kawan sekelas yang aku sangkakan hadiah hari jadi itu adalah untuk aku namun sebenarnya untuk orang lain. Mungkin bukan salah orang di sekeliling aku juga. Aku ni lahir dari keluarga yang berfikiran tertutup. Masa kecil, aku suka berkawan dengan anak-anak jiran tapi aku selalu juga dikurung dirumah kononnya ayah dan mak aku cuba menutup batas pergerakkan aku keluar masuk rumah yang tidak terkawal. Mungkin salah aku juga sebab ak...