Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Bila ada Binatang Bernama Haters

Bukan nak rasa diri ini popular, aku cuma nak bagitahu sangat banyak orang membenci tanpa mengenali aku terlebih dahulu. Aku juga tahu siapa-siapa yang tak suka dengan aku sebagai contoh, Atikah Mohamad ( classmate masa form 4 dan form 5 di SMK Mukah) dan Faizal serta kawan perempuan dia yang rasa diri baik dan alim ( groupmate masa diploma di PTPL Kuching). Bukan nak aibkan dan burukkan siapa-siapa dengan sengaja, cuma aku tak suka orang buat perangai dengan aku. Aku juga pasti diorang pun bukan nak jaga aib orang kalau dah jadi syaitan jahatnya yang tak terkata. Seriously , aku tak cari pasal pun dengan diorang, aku buat hal aku sendiri dan tiba-tiba jer diorang nak buat shit dibelakang aku. Aku tahu ada sebahagian orang yang aku sebut tu dah berkahwin dan ada anak. Jadi, jangan ingat aku boleh lupakan apa yang diorang dah buat dengan aku suatu masa dahulu. Paling tak boleh blah, rata-rata orang yang disebut adalah beragama Islam sehinggakan buat aku semakin benci dengan ke...

Rindu Nak Balik Rumah Mak Bapak

Bila sebut pasal homesick , memang terserlah wajah anak-anak manja terutamanya yang belajar jauh dari keluarga sehingga terpaksa duduk asrama atau rumah sewa. Memang tidak dinafikan, kawan-kawan aku kebanyakannya ramai yang homesick sampaikan hampir setiap minggu nak jenguk balik ke rumah mak bapa. Manakala, aku bukanlah jenis yang homesick dan aku langsung tak rindukan rumah mak bapa aku sepanjang masa aku di Kuching. Mungkin, kalau ada pun, sikit-sikit macam tu kot yang tak teruk macam orang gila bercinta. Masa ni dekat kuarters ayah aku Bulan lepas, lecturer aku ada menyelitkan topik pasal dia rasa menyampah dengan student yang homesick sampai cuti pendek pun nak juga balik ke rumah dan abaikan tanggungjawab mereka kepada study dan exam . Bak kata, orang yang jenis homesick ni adalah tidak sihat dan tak baik. Tak baik sebabnya, kita terlalu bergantung dengan mak bapa. Orang yang homesick ni sebab utama nak balik sebab inginkan keselesaan dari keluarga, nak semua benda free ...

Kemalangan Kereta yang Pertama

Setiap daripada kita mesti akan pernah berada dalam situasi kemalangan di jalan raya atau kemalangan kereta, termasuklah orang yang tidak pernah memandu (kau ingat boleh terlepas ker). Paling sikit pun sekali dalam seumur hidup, sama ada teruk atau tidak. Macam aku disini, Nasib baik cuma melibatkan dua buah kereta saja dan nyawa pun masih nak stay dalam jasad aku. Kemalangan ni berlaku seminggu selepas lesen memandu aku keluar dan usia kereta baru jer 5 hari dan aku dah fucked up-kan kereta aku, LOL. Kemalangan tu berlaku dekat area parking fakulti aku FSTS. Bila dikenang balik, agak lucu, clumsy dan miskin.  Semua orang dekat situ berusaha nak tolong aku terutamanya mereka yang dari UNIT ANGGOTA KESELAMATAN UNIMAS dan kebanyakkan staf dari fakulti aku. Sebenarnya kisah ni dah lama berlaku tapi aku masih trauma dan pernah berazam tak nak drive lagi sebab aku ni budak miskin, sampai fikir kalau kemalangan lagi disaat aku tak ada duit, memang mati sajalah.  Kos membaiki ker...

Belajar Tinggi-Tinggi tidak Penting?

Pernah dengar tak quotes ni "Belajar tinggi-tinggi pun belum tentu ada kerja bagus" atau "Belajar sampai Universiti tapi hujung-hujung menganggur" ?? Well, mengaku jer lah benda tu semua common dikalangan masyarakat kita. Kita belajar untuk lulus dan cemerlang dan kerja dan seterusnya meneruskan hidup yang normal sebelum mati. What a life? Tapi lebih teruk dengan mentaliti kita semua yang sudah di set oleh golongan orang tua. Kita bukan lagi belajar untuk ilmu, kita belajar untuk kerja, pangkat, duit dan bayar hutang. Kebanyakkan golongan yang sudah bekerja inilah yang suka memandang rendah kepada pelajar Universiti atau IPTA atau IPTS, sebabnya golongan kami ni kononnya penghabis duit mak bapa serta ke-pokai-an nombor satu. Once again , kenapa mesti samakan semua student macam tu? Not all student take for granted, you know.. But you guys punya mindset , aduhai.. Itu belum lagi jumpa golongan pekerja gaji RM5K (yang dikatakan terlebih cukup) atau pekerja keraja...

Kejutan Budaya atau Mudah Terpengaruh?

Ramai orang masih keliru dengan istilah kejutan budaya. Rata-rata menganggap kejutan budaya terjadi pada seseorang bila dia berubah secara mendadak, maksudnya perubahan yang tidak baik atau lebih kepada sesuatu yang berkaitan dengan masalah sosial. Ertikata kejutan budaya sebenarnya lebih membawa maksud seseorang yang terdedah dengan budaya orang lain apabila berada di tempat tersebut. Ianya terjadi apabila seseorang yang mungkin berada dalam keadaan terkejut kerana terpaksa menerima budaya orang lain di sesuatu tempat yang mungkin dia tidak biasa. Culture shock atau lebih dikenali kejutan budaya sebenarnya lebih kepada membawa erti positive kerana kita masih terbawa-bawa adat di tempat kita ke kawasan orang lain kerana kita belum biasa dengan adat di tempat itu. Lainlah seperti orang yang mudah terpengaruh dengan budaya dan adat di tempat asing seperti pakai tutup-tutup di tempat sendiri, bila pergi jauh semua terbuka atau tak pandai bergaul dengan lelaki di tempat sendiri tapi...

Gadis yang Bergaya

Hari tu aku ke kelas macam biasa, duduk dalam kelas 30 minit lebih awal dengan keadaan kelas yang macam berada di bawah takat beku apatah lagi diwaktu pagi dan musim hujan telah tiba setiap kali hujung tahun. Then, suddenly ada dua orang perempuan duduk sebelah aku. Muka biasa-biasa tapi style nampak bergaya, sangat feminine .. Siap bawa handbag , pakai ladies shoes . Bagi aku, style tu masih nampak biasa sebab ramai dah student perempuan di sini yang suka bawa handbag dari beg galas macam aku bawa setiap hari ke kelas. Pelajar IPT memang dah biasa bergaya macam tu. Aku sebenarnya memang nak jadi normal macam diorang cuma aku fikir dapat ker laptop disumbat ke dalam handbag nanti, botol air, payung, pencil box , files , notes dan sebagainya. Kadang-kadang aku rasa aku ni nerd sangat walaupun ada orang cakap aku ni jenis yang bergaya. Mungkin bergaya dengan cara yang tersendiri maksud diorang. Kalau nerd tak bergaya tapi pandai tak apa juga, tapi kalau tak deanlist , buat malu...

Open Minded yang Disalah Ertikan

Open minded atau berfikiran terbuka ni sebenarnya ada banyak jenis, tapi selalunya disalah ertikan sebagai orang yang suka cakap pasal seks. Orang yang open minded ni sebenarnya dimaksudkan dengan cara seseorang berfikiran secara terbuka tak kira sama ada dari segi politik, sosial, agama dan sebagainya. Bukan setakat berfikir sahaja, malahan orang jenis ni boleh menerima idea orang lain tanpa sebarang prejudis atau complain dan boleh bercakap apa sahaja (bergantung dengan siapa mereka bercakap). Namun begitu, ada sesetengah orang ni mulutnya sahaja yang cakap open minded tapi sebenarnya tidak dan ia boleh dikesan melalui tingkah laku dan cara mereka menerima pandangan. Tengok reaksi mereka pun dah cukup. Paling tak boleh blah, bila kita sebut pasal open minded , automatically ada sesetengah orang ni ianya melibatkan open minded pasal seks. Sebut sahaja open minded , terus ingat seks. Bagi aku, orang macam tu jenis yang berfikiran sempit. Apa sahaja yang boleh melibatkan seks, mere...

Sejarah Rambut Aku

Fesyen rambut yang paling aku suka dari dulu sampai sekarang ialah rambut jenis emo yang panjang. Dulu masa zaman aku sekolah menengah, rambut aku boleh mencecah lebih dari paras lutut sebab parent aku sangat suka aku berambut panjang memandangkan aku seorang sahaja anak perempuan dalam family aku. Tapi bila aku berambut panjang ni tak semua orang suka, terutama sekali zaman aku masa PLKN di Sungai Rait Miri Sarawak tahun 2008 second intake .  Bila rambut terlalu panjang masa aku PLKN dulu, ramai sangat budak-budak tak suka kononnya takutlah, macam hantulah, macam pontianaklah even worse thing happened bila pernah terjadi orang tuduh aku kena histeria sampai mulut bawa cerita sana-sini. I mean, what the fuck dude ? Seumur hidup aku tak pernah kena benda pelik-pelik macam tu then bila aku keluar dari PLKN sebab continue study baru timbul ada budak lain kena histeria. Cek-cek rambut dia tak panjang mana pun kan.. So , kenapa nak kaitkan panjang rambut dengan benda karut macam tu...