Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Aku tak Salahkan Sesiapa Dalam Hal Ini

Semalam, aku ada baca satu confession dari IIUM Facebook page berkenaan dengan seseorang yang telah hilang kepercayaannya dengan apa yang dia pegang sejak lahir. Dia juga ada cerita bagaimana dia jadi seperti sekarang, proses-proses dan sebagainya. Aku juga ada baca pengomen-pengomen untuk confession tu, banyak yang salahkan mak bapak dia sebab jahil dalam ajaran mereka, ada yang komen confessor tu bodoh, keliru dan macam-macam lagilah kata-kata yang jahat. Tahu-tahu sajalah kan. Tiba-tiba jer aku teringat dekat diri sendiri. Tapi cerita aku berbeza. Apa yang dia fikir lain, begitu juga dengan aku walaupun akhiran cerita kami berdua lebih kurang sama. Aku tahu dia sebenarnya tidaklah nak menyalahkan mak bapak dia 100% dalam hal ni. Kalau jalan itu adalah kemahuan dia, tiada siapa-siapa yang dapat dipersalahkan. Bagi aku, menukar kepercayaan itu tidak salah, ia tiada kaitan dengan orang lain. Ia adalah siapa diri kita yang sebenar. Aku kenal banyak yang orang yang kuat kepercayaann...

Zaman Sekolah Aku yang Hodoh

Masa aku masih muda remaja dalam umur 15-17 tahun macam tu, aku tinggal dekat Mukah. Zaman sekolah bagi aku adalah zaman aku struggle dengan diri sendiri. Aku bukan pelajar popular , kalau popular pun mungkin popular dengan benda tak baik kot. Aku jenis yang rabun jauh jadi ada dalam satu tempoh tu aku pakai spek sampai mata jadi rosak teruk sebelum beralih ke colorless contact lens . Muka pun hodoh nak mati, serius. Aku juga jenis yang tak pandai belajar tapi berpura-pura jadi pelajar pandai since dapat masuk kelas pandai. Aku tak pandai bersosial, pemalu dengan orang tak dikenali tapi jadi mak lampir bila dengan bergaul dengan kawan baik. Aku seorang yang pelik bak kata salah seorang classmate aku, dan kepelikan itulah juga jadi penyebab mereka nak berkawan dengan aku. Terima kasih aku ucapkan sebab sudi kawan dengan aku. Aku dari dulu sampai sekarang, jumlah kawan semua boleh kira dengan jari. Masa sekolah dulu, tidak ada seorang lelaki pun datang kepada aku cakap hal-hal...

Kelemahan Aku

Setiap daripada kita mempunyai kelemahan tersendiri. Selagi mana kita masih bernafas dan teruskan hidup, selagi itulah kita tidak dapat lari dari berbuat kesilapan. Sama seperti aku, kalau dah nama kaki buat salah. Aku akui aku jenis yang banyak kelemahan, sebab tu sentiasa buat kesilapan yang sama berulang-ulang. Kelemahan yang paling aku susah nak elak ialah, sentiasa menjadi mangsa diperbodohkan. Niat dihati nak menolong, tapi apakan daya, kebaikan selalunya dibalas dengan kejahatan. Aku pun tak tahu kenapa aku selalu kena macam tu, aku terlalu percayakan orang, kadang-kadang aku tak teragak-agak nak menghulurkan bantuan, aku share semua perkara dengan mereka, kadang-kadang tak sengaja ter- share rahsia aku, aku sentiasa memulakan perbualan, aku bagi topik, dan aku buat macam-macam perkara. Aku tak tahulah dimana silapnya, sampai aku dilayan dengan teruk. Tapi, bila aku tak nak tolong, jadi tak mesra, atau buat tak peduli, orang akan label aku sebagai manusia yang tak berperikeman...

Nak Berkawan pun Kena Memilih?

Ini mungkin adalah sebab kenapa kawan aku tak ramai. Salah satunya, aku pernah tengok orang tanya detail kita dulu sebelum nak berkawan. Kalau kita tidak mempunyai benda yang buat mereka tertarik, mereka tak akan berminat nak becakap dengan kita, apatah lagi kawan. Aku juga pernah kena benda yang berkaitan macam ni, ada orang tanya bangsa aku, bila dapat tahu yang kami tak sama bangsa, esok harinya terus buat tak kenal. Kejadian ni berlaku masa kami di dewan kuliah UNIMAS. Aku juga pernah chat dengan seseorang ni, dia bertanyakan banyak perkara pasal aku, detail semua habis kena tanya tapi at the end , dia berhenti chat tiba-tiba sebab dia tak berminat dengan apa yang ada pada aku. Aku tak tahu pula kalau nak berkawan ni perlu ada interview dan perlu melalui ujian saringan macam orang kerja kerajaan. Bak kata kawan aku, Kak Mal. Hubungan persahabatan itu muncul secara natural, kita tak perlu tanya pun dengan tuan punya badan. Aku ingatkan dengan bersosial bolehlah terjalinnya hubun...

Impian Aku

Aku duduk depan PC memikirkan perkara yang patut aku sampaikan hari ni. Tak lama lagi dalam masa 2 tahun, aku dah cecah umur 30 tahun dan dalam pada itu juga, aku terasa diri aku gagal sebab belum ada pencapaian yang membanggakan sehingga sekarang. Aku tak dapat apa yang aku mahu, tak boleh jadi apa yang aku nak dan tak dapat bersama dengan orang yang mempunyai ciri-ciri yang aku impikan. Mungkin impian aku terlalu besar untuk dicapai, atau mungkin aku terlalu berharap. Aku dah belajar sehabis yang boleh, dah cari kerja merata-rata untuk dapatkan hasil yang terbaik, tapi tak semua nasib itu menyebelahi. Hidup yang aku impikan rasanya dah boleh dikuburkan lebih-lebih lagi kalau yang musahil untuk dicapai. Aku jenis yang open minded , jadi aku tak perlu bingung kalau aku gagal dalam hidup, pandai-pandailah aku adaptasi dengan apa yang aku ada sekarang. Nak jadi aki ni kena pandai terima nasib malang, nasib tuah tu jarang nak singgah. Dah lah dilahirkan dalam keadaan yang tidak redha kera...

Post Gambar Sebab Nakkan Perhatian

Hello sekali lagi, minggu lepas aku ada kongsikan sesuatu berkenaan dengan sosial media dan gambar selfie dengan partner aku. Tiba-tiba dia cakap aku suka ambil selfie dan post dekat sosial media macam orang nakkan perhatian dari orang ramai. LOL . Then ? Aku rasa lawak sebab ada tujuan lainkah kita letak gambar dekat sosial media jika bukan nak bagi orang awam tengok? Ada betul apa yang partner aku cakap, tapi aku anggap dahagakan perhatian itu normal. Berkongsi mana-mana gambar supaya orang boleh tengok pencapaian dan muka comel kita, siapa-siapa boleh buat begitu dan tak salah pun. Orang suka atau tidak, itu lain cerita.  Tambahan pula kalau bergelar diri seorang perempuan. Mana ada perempuan yang tak suka dirinya jadi perhatian ramai orang. Walau sekuat manapun agamanya, walaupun dia berpakaian bertutup, tetap juga dia mahu dirinya diambil gambar. Paling teruk pun selfie kalau dah tak ada orang yang sudi ambilkan gambar. Tinggal nak tak nak post jer. Nak jadi canti...

Percutian Pertama Tahun 2017

Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua. Minggu lepas aku pergi bercuti tapi tak lama dalam 2 hingga 3 hari sahaja. Sebenarnya bercuti ni pun road trip yang ringkas dari Kuching ke Sibu dan seterusnya ke Bintulu, balik pun dari Bintulu ke Sibu dan akhirnya sampai ke Kuching hari ni. Tambahan pula, kos perjalanan dan makanan semua kena sponsored oleh partner aku. Bukanlah nak cakap kami pergi dating atau sebagainya. Kami lebih kepada makan-makan dan jalan-jalan. Paling best pergi ke Taman Tumbina Bintulu dan Pantai di Bintulu. Salah satu bandar perindustrian yang cantik bagi aku.  Satu lagi perkara yang aku suka nak kongsikan adalah Sarawak memang penuh dengan tempat-tempat menarik. Sabah pun apa kurangnya, begitu juga di Semenanjung Malaysia. Buat masa sekarang, lebih baik aku explore dulu area Sarawak puas-puas, murah pun murah. Kalau ada duit lebih, apa salahnya pergi keluar pula lepas ni.