Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Aku Wanita Biasa

Mungkin akan ada orang di luar sana yang pertama kali berjumpa dengan aku secara realiti akan cakap "Ouh, dia ni tak la seperti macam dalam gambar", "Mesti ambil gambar edi t sampai flawless ", "Dekat internet nampak macam kurus, realitinya gemuk". Mungkin saja ya, bukanlah berprasangka buruk. Sebab dulu, masa tengok comelnya gambar Bella Astillah dekat Instagram , tiba-tiba ada netizen sorang ni comment yang muka Bella biasa jer in real life , tak lah cantik mana. Kata dialah, entah kenapa aku pula yang terasa. Mungkin sebab perempuan ni cepat sensitif bila sebut hal kecantikan. Tapi, Bella memang sentiasa cantik dimata aku, tak pernah tak cantik. Cyber bully cakap macam tu pun sebab diorang rasa insecure dan aku tengok profile picture netizen yang cakap macam tu pun biasa jer, entah macamana nda kah rupa dia bila jumpa face to face . Berbalik pula kepada cerita aku ni, aku akui yang aku ni kategori biasa-biasa jer, kalau rasa cantikpun cantik un...

Blog Personal Pemecah Privasi?

Ramai yang menyangka bila kita selalu bercerita pasal diri kita atau meletakkan gambar-gambar aktiviti kita di media sosial membuatkan hidup kita tiada lagi privasi. Well , bagi aku keadaan itu bergantung pada individu itu sendiri yang maksudnya, memang ada certain individu suka post aktiviti dan pencapaian mereka di media sosial tapi kita tidak pasti adakah mereka cuma menyiarkan apa yang terbaik bagi mereka sebagai tontonan umum atau adakah sememangnya mereka jenis yang suka berkongsi kisah hidup mereka walaupun hal yang kecil. Macam yang kita sering dibagitahu, apa yang kita lihat pada kehidupan orang lain di sosial media tidak semestinya menceritakan hal sebenar yang mereka lalui secara realiti. Sebagai owner kepada akaun sosial media juga, sudah semestinya mereka akan berkongsikan hal-hal yang menarik pasal diri mereka, manakala yang cela pula disembunyikan. Itu normal. Mana yang suka berkongsi cela sendiri pun ada juga, aku sendiri tidak mahu menghakimi mereka-mereka ini. Mereka ...

Tempias Covid 19

Hari tu aku ada ambil cuti untuk memanjakan diri di spa sekejap, tengahari tu terus jalan ke Lundu dari Kuching. Perjalanan cuma mengambil masa dalam sejam lebih jer kalau dari Feri Rambungan dan guna Jalan Sampadi. Aku rasa last aku pergi Lundu sebelum sekarang adalah hujung tahun 2019 atau awal tahun 2020 sebelum pandemik Covid 19 ni datang. Sekarang ni Sarawak tengah mengalami gelombang kedua Covid 19 disebabkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang cuba bekerja secara haram di Sarawak dan juga rakyat Sarawak yang datang dari negeri dan negara luar (ada juga yang ingkar untuk ikut arahan self kuarantin) disebabkan sikap yang pentingkan diri sendiri kerana mereka beranggapan mereka tiada simptom maka tidak berpenyakit, so golongan mereka ini jugalah tiada inisiatif untuk cek Covid 19 SENDIRI di tempat yang sepatutnya. Dah makin panjang pula ceramah aku pasal Covid 19 ni. Malaslah nak ambil pusing sebenarnya, nanti kita pula dikatakan memandai-mandai. Tapikan, aku kasihan sanga...

Pengalaman Berkawan

Setiap daripada kita mempunyai keunikan tersendiri, begitu juga dengan aku. Masa zaman sekolah dulu, memang kawan sekelas selalu cakap yang aku ni pelik tapi aku tak kecil hati, malahan bangga sebab rasa diri special . Cuma, itulah... Aku tak ramai kawan, kawan yang baik maksud aku. Aku masa kecil dulu sangat suka keluar dan bermain dengan kawan sampaikan family aku terpaksa lock pintu rumah sebab aku selalu balik lewat petang. Terus-terang aku bagitahu yang aku dulu bodoh sebab sanggup bagi se-bag kecil yang penuh dengan duit syiling dengan kawan yang tak berapa nak berkawan dengan aku. Bukan setakat itu saja, emas pun pernah aku bagi dengan harapan mereka akan suka kawan dengan aku. Banyak kenangan yang pahit bila melibatkan orang disekeliling yang kita ingat boleh dijadikan kawan baik, tapi berakhir dengan kehampaan. Bila dah masuk usia remaja, kebanyakkan masa aku cuma bergaul dengan rakan sekelas. Ada yang baik, ada yang bermuka-muka, tak kurang juga yang memang tak suka de...

Aku Bukan Orang Cina

Aku teringat kenangan sewaktu aku masih di universiti dulu. Masa tu aku pergi ke Student Pavillion untuk beli makanan selepas beberapa minit habis kelas. Masa tu, lapar macam buaya. Kalau makan dalam kuantiti yang banyak pun lambat nak membesar sebab masih muda lagi, tahap metabolisme pun masih tinggi. Tak dapat dibayangkan betapa buasnya aku dulu. Aku suka makanan dekat Pavillion walaupun banyak yang complain tak sedap termasuk lecturer aku sendiri, manakala aku ni jenis tak kisah sangat jika dibandingkan makan Maggi Mee yang direndam dalam air panas. Tiba-tiba masa tu aku terasa sangat nak minum ABC, so aku pergilah beli dekat satu kedai beverages ni. Bila aku start order dari seorang cashier lelaki ni, aku hairan dia macam tulis something dekat aku punya cup, yang ala-ala Starbucks gitu. Boleh tengok gambar dibawah yer.  ABC gitu, sangat sedap Lepas tu dia pun tanyalah aku sama ada aku ni berbangsa Cina, dan seperti biasa aku cuma gelengkan kepala tanda tidak. Aku...

Aku Bila Berbahasa

Mula-mula sekali, janganlah salah faham ya, yang orang Sarawak ni susah nak bercakap dalam bahasa Melayu baku, atau bahasa Melayu KL. Aku selalu jumpa kawan-kawan yang fasih sampai 5-6 bahasa termasuk bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Melayu baku. Kadang-kadang ramai juga Sarawakian yang suka bercakap bahasa campur seperti menggabungkan semua bahasa menggunakan satu ayat sahaja, termasuk aku dan family aku. Since aku hidup dalam keluarga yang bercampur kaum, aku dan adik-beradik selalunya diajar berinteraksi dalam pelbagai bahasa termasuk sedikit bahasa Brunei selain menggunakan bahasa Melayu baku sebagai bahasa utama. Pada mula aku dilahirkan dan sampailah habis SPM, aku tidak pernah didedahkan dengan bahasa Melayu Sarawak. Bahasa Melayu Sarawak selalunya banyak digunakan di sekitar kawasan Kuching dan sedikit kawasan di Miri. Manakala di Sibu banyak menggunakan bahasa Melayu baku, begitu juga di Bintulu disebabkan rakyatnya banyak Iban dan Cina. Di Mukah, Daro dan Matu pu...

Kecantikan Negeri Sabah

Negeri pertama yang berjaya aku lawati adalah negeri Sabah iaitu pada December 2018, iaitu negeri dibawah bayu. Sabah merupakan pilihan pertama aku disebabkankan jarak dari Sarawak dan Sabah yang dekat tanpa perlu melintasi Laut Cina Selatan/laut di kepulauan Riau menurut dalam peta dunia, ditambah pula dengan kos resort atau hotel, makanan, transport , dan lain-lain agak murah dan mampu dibayar kalau kita rajin kumpul duit sebelum melancong. Kalau nak ke Sabah, aku sarankan bajet lebih kurang RM1000 untuk seorang (3 hari 2 malam) tidak termasuk tiket flight return dan tempat bermalam (sebab dua benda tu boleh dibayar awal secara talian). Tempat aku bergambar ni adalah di Kundasang War Memorial Benda pertama wajib dikunjungi di Sabah adalah waterfront Kota Kinabalu sebab waterfront ni adalah berhadapan dengan laut, kalau dekat Kuching Sarawak, waterfront adalah berhadapan dengan sungai Sarawak. Tapi aku lagi prefer tepi laut since aku suka tengok laut. Tempat kedua wajib pergi a...

Hantu Selfie

Satu habit yang tak dapat dibuang dari aku ialah selfie remaja lagi, tak kira masa, tempat pun di mana saja. Cuma, dalam masa beberapa tahun ni, aku agak kurang ber- selfie disebabkan keyakinan pada diri sendiri telah menurun. Aku tak maksudkan aku pernah cantik di mata orang lain, asalkan diri sendiri sudah suka tengok muka sendiri pun dah okay . Aku ni kalau nak diikutkan secara realitinya taklah macam dalam gambar yang diambil. Aku sekarang dah "comel" sangat, jauh bezanya dari aku yang dulu. Leher pun dah macam tak ada, double chin apatah lagi, sikit hari boleh jadi triple chin kot kalau tak jaga makan. Gambar ni pakai filter instagram jer, scar-scar muka masih boleh dilihat apabila di zoom dekat Kalau bab filter-filter ni, aku lebih prefer Instagram punya filter . Color dia pun cantik nostalgia gitu. Kalau filter yang sampai bengkok jubin dinding ka, patah tiang tak pernah pula sebab dah jauh sangat dari original. Filter color atau tambah telinga kucing, tamba...

Selamat Datang 3-Series

Hi . Aku sekarang agak busy sikit dengan kerja dan juga pening nak atur design blog dalam .Wordpress ni. Al-maklumlah dengan umur yang semakin meningkat dan bukan jenis yang suka melekat dengan laptop 24 jam tak macam zaman belajar dulu, aku rasa aku banyak ketinggalan dalam bab I.T sampaikan nak download lagu pun dah start terkebil-kebil. Itulah salah satu perkara yang aku tak berapa nak restu pasal diri aku, JADI TUA. Sampai sekarang sebenarnya aku masih tak sangka umur dah mencecah 30-an, Terus-terang aku cakap yang aku sebenarnya masih dibuai dengan umur pertengahan 20-an. Masa ni aku datang melawat kawan yang sedang pregnant , masing-masing umur dah mencecah 3- series Rasa macam masih tak puas jer nak enjoy zaman muda-mudi, zaman dimana diri ini masih kelihatan kurus dan fit (tapi masa tu fikir badan sentiasa gedempol), masih mahu menjaga kecantikan, tidak perlu bingung dengan komitmen, dan boleh melekat dengan kawan-kawan hampir 24 jam. Tapi kan, ada jugalah sebenarnya t...

Tempat Paling Diminati

Terus-terang aku katakan, aku rasa sangat bertuah sebab diberi peluang dilahirkan dan dibesarkan di Sarawak dan menjadi rakyat di negeri Ibu Pertiwi. Since Sarawak terletak di kepulauan Borneo, agak senang bagi aku untuk pergi beriadah di pantai dan pantai di Sarawak ni bukan setakat satu tempat sahaja, di Kuching pun sudah terdapat pelbagai jenis pantai. Kalau tak nak jalan ke pantai, mahu jalan ke sungai, ke air terjun atau kawasan pergunungan, dalam gua, tasik besar, hotspring , taman bunga di kawasan tanah tinggi semuanya ada di sini. Yang tinggal, hanya kita sekarang dalam membuat keputusan untuk meneroka hidden gems tersebut. Salah satu tempat favourite aku Walaupun begitu, negeri-negeri lain apa juga kurangnya terutamanya Sabah sebab aku pernah melancong ke sana 2 tahun yang lepas. Kalau diberi lebih masa terluang dan ekonomi yang mencukupi, sudah tentu aku akan mengambil peluang untuk meneroka di tempat lain. Cuma pada waktu sekarang, kita sedang mengalami gelombang penyakit...

Keluarga Aku

Aku merupakan anak kacukan dari tiga bangsa utama di Sarawak. Ayah aku berbangsa Melayu Cina manakala Ibu aku berdarah Iban tulen. Mereka berdua berjumpa sewaktu ayah aku menjadi pendidik disebuah sekolah dan Ibu aku pula menjadi pelajar disekolah tersebut. Ayah banyak membantu persekolahan Ibu waktu itu kerana Ibu dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Walaupun kisah mereka tidaklah se-romantik seperti kisah pasangan lain, tapi aku berbangga dengan usaha mereka berdua dalam mengekalkan perkahwinan sehingga kami adik-beradik dewasa terutamanya ayah aku yang sentiasa bersabar dalam segala hal. Ini adalah gambar keluarga kecil aku, dimana aku masih bersekolah tadika/tahun 1 di Daro. Manakala jurugambar adalah ayah aku. Aku dilahirkan sebagai anak sulung dan mempunyai empat orang adik-beradik lelaki, adik yang paling terakhir pun sudah hampir mencecah 20-an sekarang. Keluarga aku ni boleh dikatakan keluarga tunggal sebenarnya, sebab kami hidup jauh dari saudara mara yang lain. Aku sendir...

Permulaan Hidup Aku

Hi . Seperti biasa sebelum berkongsi tentang perkara lain, terlebih dahulu aku akan membuat sedikit perkenalan pasal diri aku yang biasa-biasa ni. Aku dilahirkan pada penghujung tahun 80-an di sebuah hospital di Sibu, yang kini telah menjadi satu-satunya muzium di tengah-tengah bandar Sibu. Masa tu, ibu dan ayah aku masih menetap di Matu dan mungkin kebetulan aku dilahirkan masa diorang tengah bercuti di Sibu, kalau aku tak silap dengar. Lepas tu, aku dibesarkan sekejap di Matu sebelum berpindah ke Daro. Daro pula merupakan sebuah pekan kecil masa tu, kalau nak ke Sibu perlu menaiki bot ekspres yang panjang ditambah pula aku masa budak jenis yang cepat mabuk laut. Memang agak terseksa sebab aku agak selalu berjalan kesana-kesini ikut ayah, tapi seronok sebab dapat keluar mengalami sendiri suasana baru. Aku start zaman persekolahan aku di sebuah Tadika Kemas di Daro selama 2 tahun. Kemudian menyambung pelajaran di sekolah rendah di Daro selama 2 tahun sebelum berpindah lagi ke Sibu. Di...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...